Thursday, 14 April 2011

Jumaat yang membahagiakan...

Ha, jangan fikirkan yang bukan- bukan tau..... Hari ni rasa gembira sangat sangat. Mungkin sebab esok irfan nak sertai sukaneka yang pertama kot. Ini antara perbualan dengan irfan ketika sedang membawa kereta menuju ke sekolah Taska Al- Huda pagi tadi:

Mama: Irfan, macam mana esok, dah bersediake?
Irfan: Sedia apa mama.
Mama: Esokkan Irfan ada sukaneka?
Irfan: Mmm yelah, tapi kena lari lari. Irfan tak berapa suka, Irfan nak masuk sukaneka Perahu Layar ...     
         Bolehke mama?
Mama:??? (Dlm hati aduhai anakku ini mesti banyak terpengaruh dengan pak su dia lah ni.)

Dialog ke2.

Mama: Irfan ni dah besarlah.
Irfan: Aaah. memang pun. Dah boleh kawin pun.
Mama: Hah, kahwin ....
Irfan: Yelah, tapi nak kahwin kena bercinta dulu kan?
Mama: (Menggangguk aje)
Irfan: Irfan nak cinta mama ngan Qaseh lah.

Aduhaii budak budak sekarang.



No comments:

Post a Comment