Sunday 24 April 2011

Perkara yang ya'hudi suka dan kita pun lakukan

Perkongsian bersama..

Assalamualaikum

Cuba renungkan... .kebenaran e-mail ini....untuk rujukkan kita bersama.
Seminit untuk kita beringat...
DI INGATKAN SEMULA supaya tak lupa...

Protokol ke 10 Ya'hudi mengandungi 8 perkara....

1.. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan. .jika ada anak-anak yang
tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustanyang
panjang berjela... Adaanak-anak yang tak hafal Fatihah....tapi
boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa
depa..... berjaya sudah Yahudi..... Hinggakita terfikir.... ..
bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. ...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana..
di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah...
kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua
sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex...
filem 18SX amat laris berbanding filem U...
VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah...
Adakah filem yang tiada adegan sex?
Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah. .......

3. ...Smoke....
Rokok..menjadi kegilaan para remaja....
sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok...
malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan
yang kononnya mau di gelar 'up to date'..
Dulu yang merokok ini golongan ****** saja.... ataupun penari
kabaret..... .( aku tengok dari filem P Ramlee )....

4. .....Sport.. .
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan
perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan....
hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga....
Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali,
sembahyang pun banyak yang miss.....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.. ...
yang menonton pun tak sembahyang juga .......
Kalau menonton dirumah.... akan lambat sembahyang sebab takut tak
nampak macam mana masuk GOL......
Yahudi gol lagi........sampai ada ulamak kata...kerana sukan
...sembahyang boleh tangguh....Mashaalla h,..

5. .. Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. ..
Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan..
termasuklah majalah mangga.....yang menayangkan buah mangga artis perempuan... .
Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga
menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....
pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6.... Female...
Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. .
terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena
mengena dengan perempuan... . Kalau kita ke kedai bateri kereta....
dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi.....
apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?.. .
kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya...
Yahudi bersorak lagi......

7...Fashion. ...
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam. .
sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat....
Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat
yang kekadang menampakkan pusat?
Yang mewarnakan rambut lagi teruklah...
Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.. ...
Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau
bertudung..bagaiman a nak menayangkan warna rambut yang terkini itu...
Kalau dah rambut diwarnakan.. .. sembahyang pun tak sah...
malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air...
itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...

Yahudi ketawa lagi....
Umat islam sudah jadi macam Yahudi.....

8.. .. Food..Makanan. .
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah
MC D, Kentucky , Pizza hut...dan seribu satu macam lagi...
Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina....
masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...
tapi makanan Barat menjadi kebanggaan.. .
Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang
halalnya? Contoh Kentucky ....rempahnya datang dari Amerika....
siapa nak pergi check....halal ke tidak?
Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap....
Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam
yahudi.... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubilla h.....
Yahudi makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 10......
yang lain-lain entah macam-macam
lagi.... aku cinta Malaysia .....tapi lebih cintakan
ALLAH....... ....... oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan
manusia dengan kepentingan Allah......

DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5

Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray
keliling rumah

1 minit untuk mengingat Allah

Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* SUBHANA'LLAH
* ALHAMDULI'LLAH
* LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* ALLAHU AKBAR
* ASTAGHFIRU'LLAH
* LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALASAYYIDINA
MUHAMMAD WA AALIHI
* WA SAHBIHI AJMA'EEN

Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat,
perkataaan demi
perkataan

Langkah 3:

* Forward email ini orang
yang anda kasihi..


Artikel ini diambil daripada sini

Friday 22 April 2011

GA from CH with LOVE

 mak nak tag:
syana

***Hehe sesiapa yang berminat macam mak ni, sudi-sudikanlah ye, jangan segan-segan

Adios...Mmmuah

Isma AF7 Tengah Hamil 2 Bulan, Anak Ke-6

20 APRIL 2011: Ha... Murai Batu pasti, mesti ramai yang excited nak dengar cerita ini bukan? Yelah, seperti yang kita sedia maklum pasangan selebriti Isma AF7 dan Zul 2 By 2 sebelum ini telah pun dikurniakan 5 orang cahaya mata.

Tup-tup ada rakan Murai Batu sampaikan berita yang Isma AF7 sudah pun mengandungkan anak ke-6. Menurut sumber lagi kandungan Isma kini sudah pun berusia dua bulan.


Rakan Murai Batu itu pasti sangat dengan berita ini kerana katanya suaminya, Zul 2 By 2 sendiri yang mengaku perkara tersebut kepadanya. Malah, katanya lagi, Zul 2 By 2 nampak cukup gembira sekali bila mengetahui tentang kehamilan isteri tercintanya. Maklumlah, anak itu kan rezeki pemberian daripada Allah Taala.


Wah, produktif betul nampaknya si Isma AF7 dengan suaminya, Zul 2 By 2 ni ye. Dalam diam-diam, berisi. Baguslah macam tu, mesti bertambah bahagia rumah tangga mereka. Yelah orang kata anak kan pembawa rezeki kepada keluarga.


Lagipun Murai Batu lebih suka dengar berita baik yang macam ni berbanding berita perceraian yang tidak sedap didengar telinga sejak akhir-akhir ini.


Apa-apa pun, Murai Batu nasihatkan pada Isma janganlah buat kerja yang berat-berat dan jagalah kandungan tu baik-baik sebab Murai Batu dengar kakak kepada penyanyi, Tomok ini baru saja selesai mengarahkan filem untuk kumpulan Sofazr yang berjudul Jiwa Kacau.


Tahniah KAK ISMA AF7, Jaga diri elok-elok. Mak suka sangat Kak ISMA. Mak loiks u.

Thursday 21 April 2011

TEKA TEKI MENGHILANGKAN BORING

HEHE ...Saje je untuk menghilangkan boring mak kat tempat kerja ni... Bestla korang yang duk area kl ade port nak lepak. Mak mane ado, area ipoh ni, asyik pusing- pusing situ ajo aih. Naik jemu mak. Hmmm kepada sesapo yang tengoh boring ni, meh lah join mak. Kita layaaan

S : Apa dia ayam di luar, ikan di dalam? 
*
*
*
*
*
*

S : Apa dia: bila kecik dia hitam, bila besar jadi putih?
 
*
*
*
*
 
S : Bebanyak ikan, ikan apa yang selalu sakit perut?
*
*
*
*
*
*
  
S : Bom apakah yang tak pernah meletup? 
*
*
*
*
*
Udahlah..cukuplah ye... mak penat dah.

Sape tak nak HEADER free ko...

Saya suka blog Cik Kaki sebab...
blog cik kaki ni sungguh kreatif...pastu cik kaki ni meeemangg kaki berjalan, memang sesuailah dengan nama cik kaki..i loiks.
banyak info-info yang menarik untuk dijadikan panduan untuk melancong gitu. Cik kaki ni memang bercitarasa tinggi.Mak sangat suke...
Gambar-gambar di blog cik kaki ni ade klass... mak sangat teruja okeh. Klu blog cik kaki tayangkan gambar=gambar makanan tu , boleh buat mak meleleh ayaq liurla...slurppp. Memang klassla blog cik kaki ni.  
Mak harapkan agar Cik Kaki teruskan lagi berbloging...U are very creative woman. Perbanyakkan lagi info-info tempat menarik untuk dilawati ke dalam blog cik kaki.
Chaiyok..chaiyok.

>mak mintak maaf takde nak tag sesape  untuk contest ni... mak baru lagi ceburi bidang
 berbloging ( cik kaki tak caye cer tengok followers/post mak sikit aje.)



Wednesday 20 April 2011

Maharaja Lawak Minggu 3 Balas

Elak makan telur mentah





MINGGU lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pendedahan Persatuan Pengguna Pulang Pinang (CAP) mengenai kewujudan telur tiruan di pasaran.
Menurut Presidennya, S.M. Mohamed Idris, telur tiruan tersebut mengandungi pelbagai bahan kimia seperti natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon.
           Bagaimanapun Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin kemudian mengesahkan ujian yang dilakukan terhadap sampel telur ayam tiruan yang dirampas dari sebuah pasar di Pulau Tikus, Pulau Pinang itu mendapati ia tulen.

Sihat
          Telur itu memiliki saiz yang luar biasa di samping bentuknya tidak bulat dipercayai berlaku disebabkan penyakit.
Kekalutan yang timbul daripada isu telur tiruan itu membuktikan telur masih penting dalam diet harian rakyat Malaysia.
Sebelum ini, telur dianggap salah satu makanan paling mengelirukan dari segi kesihatan.
Mula-mula ia dikatakan sihat dan sumber protein. Kemudian, telur didapati mengandungi kolesterol dan semua orang beranggapan mengambil telur akan menyebabkan mereka diserang sakit jantung.
Tidak lama selepas itu, penemuan membuktikan kolesterol dalam telur adalah ‘neutral’ dan kita disarankan mengambil beberapa biji telur sehari.
Namun, penemuan pada tahun 2008 oleh penyelidik di Universiti Harvard, Amerika Syarikat mendapati pengambilan sebanyak tujuh biji atau lebih telur dalam seminggu meningkatkan risiko kematian.
Daripada 21,000 lelaki yang dikaji selama lebih 20 tahun mendapati 1,550 orang diserang sakit jantung, 1,342 mendapat strok dan 5,000 meninggal dunia.
Di Malaysia, sukar untuk menentukan secara tepat bilangan telur yang diambil oleh rakyat negara ini kerana mereka turut mengambilnya secara tidak langsung seperti dalam kuih-muih, roti dan makanan lain.
Bagaimanapun, perangkaan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar menunjukkan pada tahun lalu sebanyak 10 bilion biji telur ayam dan itik dihasilkan di negara ini.





Tiga biji

Menurut pakar pemakanan dari Program Dietetik, Universiti Sains Malaysia (USM), Shariza Abd. Razak, apa sahaja makanan yang diambil secara tidak terkawal ditambah gaya hidup yang tidak sihat pasti mendatangkan risiko penyakit kepada individu terbabit.
Beliau menasihatkan pengguna supaya mengambil tidak lebih daripada tiga biji telur ayam seminggu.
“Bagi mereka yang tidak menghidap penyakit seperti tekanan darah tinggi dan hiperlipidemia atau penyakit kardiovaskular, mereka tidak perlu mengikut had yang disarankan, cukup dengan mengambil makanan seimbang.
“Malah kajian terbaru mengatakan pengambilan telur bagi individu normal membantu mengimbangkan kandungan kolesterol dalam badan,” ulasnya.
Telur juga mengandungi kesemua asid amino yang diperlukan oleh badan selain vitamin A, B12, D, asid folik, kolina dan kalsium.
Ia juga mengandungi asid lemak omega 3 yang membantu meningkatkan kandungan kolesterol baik dan mengurangkan risiko sakit jantung.
“Sungguhpun begitu, jika seseorang menghidap penyakit kardiovaskular tetapi sangat meminati telur, mereka disarankan mengambil bahagian putihnya sahaja.
“Pengambilan secara mentah pula tidak digalakkan kerana berkemungkinan mengandungi kuman Salmonella yang boleh menyebabkan keracunan makanan,” ujar Shariza lagi.
Shariza menambah, sebaik-baiknya telur direbus dan tidak digoreng kerana ia akan menambah kandungan lemak dan kalori.
Sejak dahulu lagi, telur sering dikaitkan sebagai salah satu makanan afrodisiak dan mampu meningkatkan tenaga seksual kaum lelaki lebih-lebih lagi telur ayam kampung yang bebas kimia.
Bagaimanapun, Shariza berkata tiada bukti saintifik mengatakan telur dapat meningkat kesihatan seksual.
Tetapi secara logik, jika kita makan makanan yang berzat, tubuh akan berfungsi secara optimum.

Seksual


<> 


 
“Telur pula merupakan makanan lengkap yang diperlukan oleh badan, jadi pengambilannya boleh menyihatkan tubuh,” katanya.
Bagi atlet bina badan, telur merupakan makanan yang disyorkan kerana kandungan proteinnya.
Namun, ia juga perlu disertakan dengan corak pemakanan yang betul dan rutin senaman yang berkala bagi membina otot.
Shariza menambah, bagi mereka yang sentiasa mengalami kekangan waktu untuk mengambil sarapan, mereka disarankan mengambil sebiji telur sehari.
“Ia sudah cukup untuk membekalkan sebanyak 70 kalori dan mengenyangkan,” katanya.
Sebiji telur dianggarkan mengandungi lima gram protein serta merangkumi 12 peratus daripada keperluan protein harian.
Jika pengambilan protein terlalu tinggi, ia akan menyebabkan penghasilan keton.
“Keton merupakan bahan toksik kepada tubuh yang boleh mengakibatkan ginjal dan buah pinggang mengalami beban untuk mengeluarkannya daripada badan.
“Selain itu, ia akan memberi tekanan terhadap jantung dan berhadapan risiko penyahhidratan akibat proses tersebut,” kata Shariza lagi.
Namun, risiko pengambilan lebihan protein adalah rendah kecuali kepada atlet yang terlibat dengan sukan tertentu kerana mereka memerlukan protein dalam jumlah yang besar.
Di pasaran, banyak produk telur didakwa memiliki kandungan asid lemak omega 3 yang baik untuk kesihatan.
Menurut Shariza, telur tersebut biasanya mempunyai kandungan omega 3 tinggi sedikit daripada telur biasa.
Ulasnya, telur tersebut terhasil oleh cara penternakan ayam melalui pemberian makanan yang telah diformulasikan.
“Jika individu yang serius untuk meningkatkan pengambilan omega 3, lebih baik mereka mengambil hidangan ikan kerana ikan mengandungi asid lemak itu dalam kadar yang lebih tinggi,” ulasnya




PENGHIDAP penyakit kardiovaskular disarankan mengambil bahagian putih telur sahaja.


TELUR masih lagi merupakan makanan utama rakyat Malaysia.